Flora Hijauan Melati East menonjolkan seni bina ala Turki yang elegan, digabungkan dengan kemudahan moden seperti surau, gelanggang badminton, taman aras bumbung, taska, gimnasium, kolam renang dan lain-lain. Setiap ruang direka untuk mencerminkan keindahan tradisi sambil memenuhi keperluan gaya hidup kontemporari, semuanya di lokasi strategik berhampiran ECRL, Stesen LRT Gombak, dan Terminal Bersepadu Gombak.